Terapi ialah cara atau kaedah yang digunakan untuk menyembuh
atau memperbaiki semula keadaan sesuatu benda yang telah rosak. Dalam konteks pendidikan, terapi ialah cara
kerja atau kaedah yang digunakan untuk memulihkan atau memperbaiki individu
tersebut untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik. Terapi dapat membantu seseorang individu
untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu. Menurut Kamus Dewan Tatabahasa
Edisi Keempat, terapi ialah rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara
proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan atau pekerjaan aktiviti
fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau
mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh
seseorang. Kamus Perubatan Mosby (2001), mendefinisikan terapi dengan
rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal.
No comments:
Post a Comment